Wednesday, 18 January 2012

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah - Part 3


AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH

Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic).

Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.

Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).

Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.

Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.

Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus pula, konsep ‘amal jama’i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.

Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).
Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.

Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.

Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.

Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keihlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangna yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH HARAKIYAH

Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.

Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.
Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.

Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:

1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.

Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.

3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.

4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.

5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam
b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam
c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.

Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).

Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

Tuesday, 17 January 2012

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah - Part 2


KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM

‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)


Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: “Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:

“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.

Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi’ kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun ‘ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)

Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?

Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:

.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza
Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.

Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.

Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.

Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.

Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina’ (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.

Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama

Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah ‘aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima’iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).

Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:

1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.

2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)

3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.

Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai.
Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.

5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.

6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua
Dalam hubungan ‘amal jama’I setiap nuqaba’ hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala’ dan thiqah pada pimpinan.

Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.
Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

Monday, 16 January 2012

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah - Part 1


MUQADDIMAH

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.
Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.

Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.

Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

Sunday, 15 January 2012

Tanggungjawab Membela dan Membina Negara - 2 (Islam sebagai Teras)

Jawatan dan tanggungjawab sebagai hamba yang melaksnakan segala tuntutan pengabdian diberikan kepada semua manusia. Sekecil-kecil amanah dan tanggungjawab yang kita pikul ialah tanggungjawab terhadap diri sendiri. Bahawa diri kita mempunyai hak yang perlu kita tunaikan. Hak asasi yang ada pada setiap manusia ialah hak untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala, beriman kepada yang ghaib, melaksnakan segala tuntutan dan meninggalkan segala larangan, serta menjalani kehidupan normal seorang manusia, makhluk yang bernyawa.

Kembali kepada tanggungjawab membela negara, di manakah titik penamat atau pemula kepada tanggungjawab ini? Adakah kita dituntut untuk bangun ketika Allah Ta'ala mentakdirkan pemerintah Negara pada ketika itu berlaku zalim dan melakukan pelbagai kerosakan? Adakah kita dituntut untuk melakukan proses Islah dan Islamisasi ketika pemerintah pada ketika itu engkar dan mensyirikkan Allah?

Tanggungjawab ini sebenarnya difardhukan kepada setiap manusia. Bahawa sekecil-kecil daerah yang perlu dia bina dan bela ialah daerah dirinya sendiri. Membela dan membina dirinya sendiri agar sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menghindarkan segala bentuk kerosakan dan kejahatan.

Bagaimana pula bentuk negara yang ingin kita bina dan bela?

Semestinya rukun pertama bagi negara yang ingin dibina dan dibela ialah Negara yang mendaulatkan Islam. Islam adalah agama rasmi bumi dan satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah Ta'ala. Maka mendaulatkan Islam bererti menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan dan membuat sesuatu keputusan. 

Ada yang menyangkal tindakan di atas, dan mengatakannya sebagai ketinggalan zaman. Tidak kurang yang mengatakan bahawa mengamalkan Islam menyebabkan minda dan fikiran kita tersekat dan terkebalakang. Suka untuk diingatkan, bahawa bumi dan seluruh isi cakerawala ini menjadikan Islam sebagai panduang utama mereka. Binatang hidup dengan Islam. Mereka makan dan minum menurut manual yang Allah Ta'ala tentukan ke atas mereka. Begitu juga dengan silih pergantian siang dan malam, peredaran bulan, bintang dan matahari, setiap satunya tidak pernah terkeluar daripada landasan dan laluan masing-masing dan tidak juga pernah tercepat atau terlambat walau sesaat sekalipun.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Yasin, 36:36 - 40)

Jika seluruh alam ini menjadikan Islam sebagai panduan, apa hak kita yang kecil dan tidak sedikit pun menjejaskan "berat" bumi ini untuk menidakkan Islam sebagai cara hidup yang terbaik.

Cara hidup Islam ialah cara hidup yang sangat fitrah dan terbuka. Ia bukanlah jumud dan autokratik seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam. Ajaran Islam mendidik umatnya supaya menjadi yang terbaik dan sentiasa mengamalkan rukun damai dan hidup dengan harmoni dan sejahtera. Bahwa Allah Ta'ala memerintahkan kepada kita untuk berlaku adil dalam setiap tindak tanduk kita. Adil bermakna, meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. 

Adil juga bermakna kita menggunakan sukatan dan penilaian yang tepat dan relevan. Adil dalam ibadah, kehidupan sosial, politik, ekonomi, rumah tangga, dan segala aspek kehidupan. Adil juga bermakna, bagi mereka yang bersalah dan menyalahi undang-undang dan peraturan Islam dan Alam ini, hendaklah diletakkan di tempat yang sepatutnya. Maka, kita akan dapati bahawa Islam merupakan ajaran dan cara hidup yang sangat indah dan sesuai bagi yang "beragama" Islam mahupun yang bukan beragama Islam.

Melaksnakan Islam ialah menjadikan ajaran Islam sebagai ajaran dan nilai yang dominan dan memayungi dunia dan seluruh isinya. Mentadbir sungai, laut dna gunung-ganang dengan Islam. Termasuklah mentadbir segala urusan sesama manusia dengan Islam. Urusan di kalangan yang bukan Islam juga mestilah ditadbir dengan nilai-nilai dan ajaran Islam.

Ajaran dan nilai Islam ini pula mestilah yang bertepatan dengan apa yang diturunkan oleh Allah Ta'ala dan yang ditunjukkan model perlaksanaannya oleh Baginda RasuluLlah SAW. DItafsir dengan tafsiran dari sumber yang dipercayai dan kuat sandarannya. Sumber yang dipercayai ini pula, tidak mensyaratkan kelompok pemikiran ataupun mazhab. Selagi tafsiran dan bacaan itu dibuat dengan baik dan mematuhi peraturan penetapan hukum dan syarat-syarat pentafsiran yang sempurna, maka ianya boleh dijadikan sandaran.

Misalnya, jika seseorang itu tidak memahami Bahasa Arab, hanya dengan menggunakan tafsir dan terjemahan Al-Quran belum cukup melayakkan dia untuk mentafsir dan membaca Al-Quran mengikut pemahamannya sendiri semata-mata. Begitu juga dengan hadith. Dalam pentafsiran dan penentuan hukum, seseorang itu mestilah mampu memahami Al-Quran dari segi tatabahasa, kosa kata, dan seni kesusasteraan yang terdapat dalam Al-Quran, begitu juga memahami konteks sesuatu ayat atau hadith, termasuk sebab turunnya sesebuah ayat atau sebab bagi setiap sabda Nabi SAW untuk menerangkan maksud sebenar ayat atau hadith tersebut.

Sebab itulah, Ulama' terdahulu mampu mengarang buku-buku panduan yang menjadi rujukan utama dan popular sehingga sekarang. Kandungan buku-buku yang dikarang oleh Ulama' terdahulu juga kekal sehingga ke hari ini dan terus dijadikan rujukan utama dalam bidang pengajian Islam.

Akal manusia sangat terhad, maka Al-Quran dan Hadith dapat membantu kita memahami apa yang tidak mampu kita fikir dengan menggunakan akal. Sebab itu, mengamalkan Islam sebenarnya menyelamatkan kita daripada melakukan kesilapan di dunia, lebih-lebih lagi yang mengakibatkan kerugian di dunia dan di akhirat.

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! 


Thursday, 12 January 2012

Tanggungjawab Membela dan Membina Negara

Allah Ta'ala menurunkan kepada manusia seluruhnya, melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW, panduan bertulis, Al-Quran, untuk dijadikan sumber rujukan utama dalam menyelesaikan segala permasalah ketika hayat kita di dunia ini. Panduan yang hanya berguna ketika hidup, kerana setelah nyawa kita dipulangkan, kita akan dipersoalkan terhadap setiap tindakan yang telah kita lakukan ketika masih hidup.

Bagi setiap kebaikan, akan diberikan ganjaran pahala, disediakan nikmat sebagai ganjaran terhadap pahala tersebut. Begitu juga setiap kejahatan, dikira sebagai dosa dan jika tidak sempat bertaubat, akan dibalas dengan azab bagi setiap perbuatan.

Garis panduan yang terdapat di dalam Al-Quran memandu manusia dalam menjalani kehidupan seharian supaya tidak tersasar dari tujuan asal kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala. Kita dijadikan dengan misi ibadah, maka setiap perbuatan kita mestilah menjurus kepada tujuan pengabdian. Jika tersilap, terlupa, atau terlalai, maka Al-Quran menjelaskan, dibukakan pintu Taubat kepada semua hambaNya selagi ruh belum sampai ke urat tengkuk, dan selama tidak mensyirikkan Allah. Sebesar mana pun dosa kita tetap akan diampunkan.

Tanggungjawab pengabdian ini, melibatkan seluruh kehidupan, termasuk jual beli, makan minum, dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Maka, tanggungjawab membela dan membina negara juga termasuk di dalam tanggungjawab pengabdian kepada Allah Ta'ala. Tangungjawab ini, tidak mensyaratkan parti yang kita pilih, sekiranya kita berkiblatkan UMNO dan BN, malah jika kita menyokong dan mendokong DAP, PKR, KITA atau PERKASA sekalipun, kita tidak dikecualikan daripada tanggungjawab ini.

Bayangkan, bumi yang Allah Ta'ala cipta dengan pelbagai nikmat dan keindahan ini, diciptakan untuk manusia hidup di atasnya.

Firman Allah:

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah, 2:29)

dan firmanNya lagi:

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya? Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? (Yasin, 36:71-73)

Membuktikan bahawa kita merupakan makhluk yang terbaik diciptakan oleh Allah, dan segala yang ada bumi ini, diciptakan untuk manusia. Mensyukuri nikmat kurniaan Allah yang tidak terhingga ini, semestinya dilakukan dengan mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Oleh kerana kesemua nikmat ini dicipta dan dikurniakan oleh Allah, maka Dialah yang selayaknya memimpin dan membimbing kita, bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita kecapi nikmat ini agar ianya lestari dan berkat.

Negara Malaysia juga adalah sejenis nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita syukuri dan kita hargai. Manual penggunaan Negara Malaysia ini, diceritakan dengan panjang lebar di dalam Al-Quran malah ditunjukkan melalui teladan Nabi Muhammad SAW mentadbir bumi berkat Mekah dan Madinah.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad SAW menjalankan peranan Baginda ketika berada di Negara Sekular Mekah, dan bagaimana pula Nabi menjalankan peranan Bagina ketika memerintah Negara Islam Madinah. Tidak pernah ada sesaat dalam hidup Nabi Muhammad SAW yang berlalu tanpa diisi dengan tanggungjawab pengabdian Baginda kepada Tuhannya. Demikian pula Bagina mengisi tanggungjawab pengabdian tersebut dengan menyebarkan risalah dan menjalankan peranan dan tanggungjawab membela dan membina negara di mana jua Baginda berada.

Tanggungjawab pengabdian ini menjangkaui fahaman politik dan status kehidupan kehidupan kita di dunia ini. UMNOkah kita, PASkah kita, KITAkah kita, Mahasiswakah kita, hatta seorang bayi yang baru lahir dua saat yang lalu juga tidak terlepas daripada tanggungjawab pengabdian ini, juga melibatkan diri secara langsung dan bersungguh-sungguh dalam membela dan membina Negara.

Oleh kerana nikmat ini datangnya daripada Allah, maka penggunaannya juga mestilah kembali kepada Allah menurut tujuan dan kaedah penggunaannya. Seperti firman Allah Ta'ala,

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. (As-Saba', 34:15)

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Monday, 9 January 2012

Sains Politik Islam

Sains politik Islam

Oleh DR ABDUL AZIZ HANAFI

Siasah syar'iyyah dan perlaksanaannya pada masa kini

Siasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya.

Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w.

Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya.
Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia.

Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan professional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi Abu Yusuf menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek tersebut begitu juga mengenai system pengairan yang baik dan teratur.

Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang juruukur yang terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya dihasilkan dan dikenali dengan nama al-Kharaj.

Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama’ah Islamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan professional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang, peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.

Pembahagian Hukum Syarak

Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:
Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘kulliyah’ iaitu hukum-hukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat sehinggalah ke Hari Kiamat.
Sebagai contoh, hukum-hukum mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga (pusaka), hudud dan qisas.

Kedua:
Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘juz’iyah’.

Hukum-hukum ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana perlaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya masih kekal dan tidak berubah.

Sebagai contoh, pelaksanaan konsep Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah sepertimana yang berlaku selepas kewafatan baginda saw khususnya di zaman khulafa’ al-Rasyidin r.a.

Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka:
“Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat dengan ‘illah (sebab), dengan kata lain adanya ‘illah ada hukumnya dan tiada ‘illah maka tiada hukumnya”.

Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman baginda Rasulullah saw, di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di awal zaman pemerintahan baginda sendiri (sebelum pembukaan Rom dan Parsi).

Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan Al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah.

Pengertian Siasah Syar’iyyah

Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar’iyyah:

1. Takrif ‘Am

Siasah Syar’iyyah mengikut takrif ‘am diertikan sebagai peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak terdapat dalil-dalil yang tafsiliy.

Takrif ini merangkumi semua aspek peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara.

Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah syar’iyyah seperti Al-Hukum al-Sultaniyah karangan Al-Imam al-Mawardi Al-Syafi’e dan Qadhi Abu Ya’ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah al-syar’iyyah fi Islah al-ra’I wa ra’iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun.

Kitab-kitab yang serupa ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua aspek kehidupan.

2. Takrif Khas

Ia diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan.

Ianya seolah-olah menyerupai undang-undang khas yang digubal apabila negara berada di dalam keadaan darurat.

Ibn Nujaim al-Hanafi menjelaskan tentang hukuman zina menyatakan bahawa siasah syar’iyyah bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz’ie, seperti mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum muhsan selain disebat sebanyak seratus kali.

Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut:

1.Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang kali melakukan jenayah tersebut

2.Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta’zir seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang yang dicuri masih berada di tangannya.

Sedangkan jika menurut hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan tersebut

3.Rasulullah saw pernah disoal mengenai unta dan kambing yang hilang di padang pasir.

Baginda menyuruh agar sekiranya kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula.

Adapun mengenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah tuannya menjumpainya.

Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah zaman Saidina Othman bin Affan r.a.

Di zaman baginda keadaan dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir.

Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau.

Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta.

Di zaman Saidina Ali r.a. pula, segala –perbelanjaan untuk menjaga binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal.

4.Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke atas lelaki yang menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz.

5.Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

6.Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a.

7.Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai (al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih menganut agama asal mereka

8.Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda di Madinah yang bernama Nasr bin Haliaj.

Pemuda ini memiliki rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang gadis di kota suci itu.
Mulanya Umar r.a mengarahkan pemuda itu dicukur. Namun, rupa parasnya masih lagi cantik.

Akhirnya dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah, kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan kekacakannya.
Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci Madinah.

Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab beliau dikira terasing di tempat orang. Lagipun, mungkin dia akan bersikap lebih waspada terhadap dirinya.

Hukum-Hukum Yang Diputuskan Menerusi Siasah Syariyyah

Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi Al-Siasah al-Syar’iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukum-hukum syariah.

Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah yang umum sepertimana ia diputuskan melalui al-Maslahah al-Mursalah yang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum.

Oleh itu, penggunaan istilah al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah yang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaaan istilah biasa dan tidak berubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut.

Hukum-hukum tersebut memberi keluasan dan kelonggaran kepada pemerintah kerajaan Islam dalam melaksanakan keadilan dan memastikan kemanan tumbuh subur di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada sikap keterlaluan dan kecuaian dan berish daripada sebarang kepentingan diri.
Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar’iyyah lebih bersifat fleksibel.

Walaubagaimanapun, para ulamak meleraikkan syarat-syarat berikut:

1.Ianya diputuskan oleh pemerintah negara dankerajaan Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya.

Kerajaan yang tidak Islam atau orang perseorangan tidak berhak menjadikan siasah syar’iyyah sebagai saluran untuk mengeluarkan hukum-hukum tersebut.

Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama’ah Islamiyah yang setakat ini diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturan-peraturan menerusi al-Siasah al-Syar’iyyah lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan urusan dlam jama’ah, begitu juga urusan luar yang masih berada di dalam bidang kuasa kita.

2.Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semangat perundangan Islam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip am dalam Islam seperti kaedah Sadd al-Zara’ie dan Raf’a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian denga prinsip Al-syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju’ bimu’ dhakit al-umuri ila ahl al-zikri wa al-Ra’yi (merujuk semua urusan yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai).

3.Tiada sebarang percanggahan yang hakiki dengan mana-mana dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat’ am di setiap masa dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi hanyalah sebagai syariat/peraturan sementara spertimana masalah penetapan harga barangataupun sedari asal tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan

Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siasah al-syar’iyyah menukilkan kata-kata Ibn ‘Uqail r.a. yang bermaksud:

Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan dengan siasah syar’iyyah dalam negara malah itu merupakan suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah bersikap demikian.

Imam Al-Syafi’e r.a. menegaskan katanya…”Tiada siasah dikira sah melainkan ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

‘Ibn ‘Uqail r.a. pula menyatakan: “Siasah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu”.

Inilah siasah yang dikatakan siasah syar’iyyah yang adil dan saksama.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa saluran al-Siasah al Syar’iyyah sepatutnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi Islam yang bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan Islam di rantau ini.

Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam memenuhi keperluan siasah syar’iyyah iaitu:

1.Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan jawapan yang tepat

2.Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada ulamak dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran jama’ah.

3.PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan izin Allah SWT telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri.

Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu, sekarang dan untuk selama-lamanya, Amin.


Bibiliografi 
1.Al-Quran al-Karim
2.Kitab-kitab Hadith
3.Al-Asybah Wa Al-Nazair, Al-Imam Al-Sayuti
4.Al-Siasah Al-Syar’iyyah Fi Islah al-Ra’yi Wa al-Ra’iyah Ibn Taimiyah
5.Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siayasah al-Syar’iyyah, Ibn Al-Qayyim
6.Majalah al-Dirasat al-‘Arabiyah Wa al-Islamiyah, IPI Brunei Darussalam
7.Al-Kharaj, Al-Qadhi Abu Yusuf

Tuesday, 29 November 2011

Rukun Baiah

RUKUN BAIAH :
AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF

أركان  بيعتنا عشرة فاحفظوها :
 الفهم و الإخلاص و العمل و الجهاد و التضحية و الطاعة و الثبات و التجرد و الأخوة و الثقة

 

MUQADDIMAH


Sekalong doa buat Mujahid  Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini ( 2002 )  adalah tahun yang menggenapkan usia 54 tahun kesyahidan beliau . Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.

Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

Saudaraku yang dihormati sekeliian :

Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu  reality yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

Firman Allah SWT:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Surah Al Anfaal . Ayat :  60

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka .
Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق
Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Al Imam Hassan Al Banna  antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah .

ARKANUL BAIAH .

Arkanul  baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala  menghadapi tahaddiyat yang memaksa dan mendesak .

Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah .

Kejituan intima’ dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya.

Akhlak dan disiplin  berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul  baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .

Saudara ku yang dihormati sekelian .

Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka  yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir .

Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah .
 Saudara ku yang dihormati sekelian .

Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana  kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .

Pertama :       FAHAM الفهم

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
متفق عليه
Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya
Ia diberi faham tentang agama .


تفقهوا قبل أن تسودوا
Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.


Kedua :          IKHLAS   الإخلاص

Firman Allah SWT


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Surah Al Ana’am . Ayat : 162  -  163



Ketiga :          AMAL   العمل

Firman Allah SWT:

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Surah At Taubah . Ayat :  105

  
Keempat :      JIHAD   الجهاد

Firman Allah Swt:

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Surah An Nisa’ . Ayat : 95

من مات و لم يغز و لم ينو الغزو مات ميتة جاهلية
Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah .
( Al hadis )

Kelima :         PENGORBANAN   التضحية

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah At Taubah . Ayat : 111

Keenam :       TAAT   الطاعة

أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة فإن تأمر عليكم عبد
Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi .
( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )

Ketujuh :       THABAT  الثبات


Firman Allah SWT: 

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Surah Al Ahzaab . Ayat :  23

Kelapan :       TAJARRUD   التجرد

Firman Allah SWT:

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
Surah Al Baqarah . Ayat :  138


Kesembilan :            UKHUWWAH   الأخوة

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Surah Al Hujurat . Ayat :  15

Kesepuluh : THIQAH   الثقة

Firman Allah SWT:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Surah An Nisa’ . Ayat :  65



Saudara ku sekelian :

Sedemikian antara Nas yang sempat ana kemukakan sekadar untuk gambaran asas bahawa kita bukan ta’asub kepada ikhwan kerana mengkaji Arkanul baiah dan beramal dengannya . ( Segalanya adalah kerana sabit nas. )

Kita sedar dan selayaknya kita memahami bahawa menerima pakai teori perlaksanaan amal Islami yang dikemukakan oleh siapa saja tokoh gerakan Islam termasuk Al Imam Hassan Al Banna , mestilah terlebih dahulu mengambil kira natijah qiraat Al Zuruf .

Justeru itu , membaca zuruf perjuangan kita di Malaysia , kita amat perlu kepada pemimpin dan pejuangnya yang menghayati Arkanul baiah . Kita masih menghadapi 1001 kepincangan dalaman untuk menangani konspirasi musuh .

Bagaimana masih ada anggota jamaah PAS yang tidak memahami Islam dengan sejelas – jelasnya yang akhirnya mencacatkan dakwah dan perjuangannya . maka rukun baiah yang pertama iaitu Al Fahmu dengan usul 20 nya , boleh membantu untuk kita mengatasi masaalah tasawwur atau kefahaman yang masih kabur .

Usul 20 mengemukakan sekurang – kurangnya 11 asas kefahaman mengenai Islam .

         1.         Kesyumulan Islam
         2.         Sumber asas hukum – hukum Islam
         3.         Hakikat Iman
         4.         Siasah Syari’yyah
         5.         Masaalah Khilafiyyah
         6.         Bagaimana menangani perkara – perkara bida’ah
         7.         Martabat orang – orang soleh / alim ulama’
         8.         Bagaimana berinteraksi dengan quran dan sunnah
         9.         Asas Amal
       10.       Martabat ilmu dan fungsi aqal
       11.       Isu kafir mengkafir .

Begitulah juga rukun – rukun baiah yang lain . Antara yang paling ketara masaalah yang kita hadapi dalam jamaah kita di Malaysia , sehingga Arkanul baiah amat relevan untuk dihayati atau diamali , ialah persoalan ukhuwwah taat, pengorbanan , tajarrud , thiqah sehingga persoalan ikhlas kadangkala turut mengkronikkan masaalah dalaman jamaah .


Saudara ku yang dihormati sekelian .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang pertama Al Fahmu , akan menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman tentang Islam yang mana ianya satu ruang yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan terseleweng dari hadaf perjuangan .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang kedua Al Ikhlas , akan menamatkan krisis ego dan maslahah peribadi serta politik cantas sekaligus melengkapkan syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketiga Al Amal , akan mengatasi masaalah overlap dan krisis tenaga dalam jamaah . Ianya turut mengatifkan jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami .


Al Amal melahirkan individu pejuang dan jamaah haraki yang hakiki melalui maratibnya yang tujuh :

·        إصلاح النفس      Pengislahan jiwa .

·             قوي الجسد                 Jasad yang kuat
·             متين الخلق                  Akhlak yang kontan
·             مثقف الفكر                 Fikrah yang intelek
·              قادرا على الكسب           Mampu berdikari
·              سليم العقيدة                Aqidah yang sejahtera
·             صحيح العبادة               Ibadah yang sah
·             مجاهدا لنفسه               Mujahadatun nafs
·            حريصا على وقته             Memelihara waktu
·             منظما في شئونه             Kerja yang bertanzim
·             نافعا لغيره                   Bermanafaat untuk orang lain .


·       تكوين البيت المسلم

·       إرشــاد المجتمع

·       تحرير  الوطن

·       إصلاح الحكومة

·       إعادة الكيان الدولي للأمة الإسلامية بتحرير أوطانها و إحياء مجدها و تقريب ثقافتها و جمع كلمتها حتى يؤدى ذلك كله إلى إعادة الخلافة المفقودة و الوحدة المنشــــدة                                                    
·       أستاذية العالم بنشر دعوة الإسلام في ربوعه حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله


Arkanul baiah melalui rukunnya yang keempat , Al Jihad , melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain , serta  bermati – matian mempertahankan kesucian Islam sehingga musuh tidak boleh memandang ringan terhadap perjuangan Islam .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelima , At Tadhiyyah , menguatkan jamaah dengan kesediaan pejuang – pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan gerakkerja dan menyelesaikan masaalah “ main alasan ”  yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan strategi .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang keenam , At Thoa’h , menghidupkan jentera jamaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat . Segala arahan dan peraturan jamaah dapat direalisasikan sebagai mana yang dirancang .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketujuh , As Thabat , memanjangkan hayat perjuangan sehingga tahkik ghayah dapat dicapai , sekalipun perjuangan itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi – tubi .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelapan , At Tajarrud , membawa pejuang – pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan dilema fikrah , mereka akan selamat dari lambaian  دعاة على أبواب جهنم  . Sehingga seluruh minda , fizikal dan roh mereka semata – mata untuk Islam .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesembilan , Al Ukhuwwah , menyelamatkan perjuangan dari binasa angkara tanazu’ dan krisis peribadi anggota jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’uz Zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi .


Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesepuluh , Ath Thiqah , menutup ruang musuh untuk memporak - perandakan jamaah , serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jamaah terpelihara dan gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan pengarahan tanggung jawab dapat dilansungkan dengan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman .


PENUTUP

Jelasnya , Arkanul baiah adalah unsur positif ke arah kesempurnaan syakhsiyyah Islamiyyah dan Jamaah Harakiyyah .


Disediakan oleh :
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi